Tuesday, November 18, 2008

Pengembaraan G8 Ke MRSM Pasir Salak

Pada 19 Oktober 2008 yang lalu, 6 orang ahli G8 telah berkumpul kembali bersama di Kuala Lumpur bertujuan untuk mengadakan lawatan ke MRSM Pasir Salak pada hari tersebut. Manakala 2 orang G8 yang lain tidak dapat bersama-sama kami kerana kerana masih di universiti dan kolej matrikulasi. Tujuan kami ke MRSM Pasir Salak adalah untuk melawat tempat sewaktu kami di zaman persekolahan yang telah membawa banyak kenangan pahit manis kepada kami semua. Banyak gelagat serta telatah bercampur gelak tawa yang sudah menjadi kebiasaan serta sinonim dengan kami apabila kami semua dapat berkumpul bersama kembali. Malah, sepanjang perjalanan kami juga ke maktab dihujani dengan telatah masing-masing di sertakan dengan gelak ketawa yang tidak henti-henti. Pengembaraan ini telah banyak mengenang dan mengimbau kisah-kisah lampau kami di MRSM Pasir Salak. Banyak kenangan pahit manis kami sewaktu belajar di sana lebih-lebih lagi pada tahun yang lalu ketika menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Untuk mengetahui kisah ini sepenuhnya dalam pelbagai variasi terdapat di dalam blog beberapa orang ahli G8 seperti:
http://g8maya-maya.blogspot.com
http://www.myspace.com/ayyman
http://www.myspace.com/amiar90

No comments:

Followers


ShoutMix chat widget

M. Nasir feat Malique - Mentera Beradu

Bismillah!

Gerakkan Hati… Hati gerakkan… Pandanglah aku.. aku lah dia..

Kulitku tebal.. ku kebal.. ingatku kebal..
hanya berbual makan angin kembung perut mual…
resah dan tidak senang.. hidup tak pernah lenang..
ku schizo paranoia takut pecah tembelang

Pecah tembelang… peta dah hilang… bangau dah pulang… suara sumbang..

Lidahku kaku tak selicin kuku
teman baikku buku
bini ku pena.. tak pernah lena
aku suka mengintai pantang ditenung
berakhir pertelingkahan dalaman
pasti belum

Ikut gerak hati.. pena melayang
dilihat dua layang pandang
tak lah sekarang
takat meradang
tanya.. abang gedang, apa barang?
badan macam badang
main macam belakang parang

Kuhunuskan keris musuh ada pistol
tradisi kekalkan adaptasi harus betul
tujuh baris keramat tujuh garis penamat
baik berpada biar jahat asal selamat

Ramai saudaraku yang baik telah dipijak

Awan mendung yang berarak bawa tangis bawa resah rebah rindu yang terkumpul semua birat dan kalimah semua janji yang terikat lebur disisimu

Yo! ijazah terbaik datangnya dari jalanan
dari pengalaman bercakap dan bersalaman
konflik motivasi cuba medatasi
positif dan benci jadi inspirasi pagi

Peduli itu interpretasi basi pekakkan sebelah
halang biar keduanya muka cantik
soalan bodoh yang ditanya jadi melodinya
lebih hina dari zina

Lu bikin dosa ku bikin prosa
testosterone testarosa
citacita sosa kl kl kosa nostra
jalan berliku ku harung roller coaster
gah sentosa tiada penyesalan
luas pandangan jauh dah berjalan
tak sempurna masih ada kejanggalan
gagal merancang, merancang kegagalan

Awan mendung yang berarak bawa tangis bawa resah rebah rindu yang terkumpul semua birat dan kalimah semua janji yang terikat lebur disisimu

Kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

Naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
turun bukit pucat dengar tiga miaww
kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau
tolak pintu gua tiga kerat tenaga
kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang
menang dengan otak tak mesti dengan pedang

Sebelum jadi bangkai ikan koi renang renang
pura pura salah jawapan untuk naik berang
panggil lima kawan atau biar pergi laju
risaukan pekara remeh kita tak akan maju
muka sama hijau hati siapa tahu
merah dah menyala pasti mati siapa mahu
gagap tiga kali bercakap benar saja
bulan terang ramai yang keluar buat kerja

Panjat pokok buluh cari tukun air terjun
naik sampai nampak dah terpegun turun
tiga ular ikut lompat atau paut
kalau lari mati jika jerut maut

Awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimu

Puisi hati mu… hati mu puisi
palu hati ku palu hatiku

Kulit tak besalin walau saling ganti baju
pandang sini pandang sini
ku berbahasa baku kata kata nahu
himpun jadi satu
mantera beradu dengan irama dan lagu

Akhirnya sempurna…